MASISWA Karnival Sukan Harapan - 1 Zon Sabah , 25-27 April 2008 (click here for photos)

 

Karnival Sukan Harapan-1 Zon Sabah telah diadakan pada 25 April 2008 hingga 27 April 2008. Tuan rumah pada kali ini ialah Kolej Yayasan Sabah yang telah dirasmikan oleh Dato’ Prof Dr Hassan Said Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi.

PTPL SABAH telah menghantar seramai 11 orang pegawai untuk mengiringi 44 orang pelajar yang telah mewakili sukan bola tampar, bola jaring, badminton dan futsal. Atlit-atlit telah bermain dengan semangat juang yang tinggi dan memberi tentangan hebat kepada pihak lawan.

 
 

Sambutan Hari Ibu - PTPL Sentral , 9 Mei 2008 (click here for photos)

 

Seramai 100 orang pelajar telah berpeluang untuk mencoretkan ucapan terima kasih kepada ibu mereka melalui kad ucapan khas Hari Ibu yang diberikan secara percuma kepada para pelajar tersebut.

Kad yang direka khas oleh Siti Nadiah Bte Sahar dari kursus Diploma Teknologi Maklumat itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.

Melalui program sebegini, ianya diharap dapat menggambarkan keprihatinan Kolej mengenai hubungan kekeluargaan didalam diri pelajar sekaligus ianya menyemai etika murni dalam diri para pelajar.

 
 

Fear Factor Edisi PTPL Kolej - Sabah , 10 Mei 2008 (click here for photos)

 

Program tersebut diadakan bersama-sama mentor dan mentee berserta kakitangan kolej yang telah diadakan di Pantai Tanjung Aru 2.

Penasihat Kolej PTPL, Sabah Tuan Haji Adnan Ibrahim telah merasmikan program tersebut.

Program yang bermula kira-kira pukul 10 pagi dan berakhir 2 ptg ini disertai sebanyak 25 kumpulan. Antara aktiviti yang  dijalankan adalah menjahit dalam baju dan seluar, mencari harta bumi, kelapa oh kelapa, peningnya kepalaku, mari menyelam, membuat jus segar, anak yang hilang, makan, makan, makan dan makan.

 
 

Ekspedisi Berkayak - Kelab Tasik Putrajaya , 10 Mei 2008 (click here for photos)

 

Di dalam program ini, seramai 34 orang peserta dari pelbagai kumpulan kursus pengajian seperti Diploma Seni Kulinari, Diploma Makmal Perubatan, Diploma Pengurusan dan Diploma Rekabentuk Grafik telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti luaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Aktiviti yang dijalankan adalah berkayak di sekitar tasik dan Pulau Utama Putrajaya, yang dijayakan oleh para siswa dan siswi kolej PTPL sendiri.

Encik Halim tenaga pengajar di Kelab Tasik Putrajaya memberi penerangan lengkap kepada peserta sebelum berkayak bagaimana mengendalikan sesebuah kayak dengan cara yang betul dan selamat.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini ia dapat mencapai objektif pengurusan Kolej dalam melahirkan kumpulan graduan yang cergas dan cerdas.
 
 

Istimewa Hari Wanita - Dewan Teater PTPL , 14 Mei 2008 (click here for photos)

 

Mini konsert ini diadakan adalah untuk meraikan dan sebagai tanda penghargaan kepada wanita-wanita samada dari kumpulan pensyarah, kakitangan mahupun para pelajar di Kolej PTPL Shah Alam.

Bertempat di dewan teater, Kolej PTPL Shah Alam para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan Chimouyouquy yang telah membuat persembahan pergerakkan api, diikuti demonstrasi tudung muslimah yang disampaikan oleh Puan Anizon, program tersebut di meriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan kemuncak program adalah persembahan oleh artis jemputan iaitu Aizat dari AF5.

 
 

Program Gempakstarz @ PTPL Shah Alam , 15 Mei 2008 (click here for photos)

 

Seramai 183 pelajar telah terlibat dengan program tersebut yang terdiri dari pelajar rekabentuk grafik dan pelajar orientasi. Program dimulakan dengan demonstrasi lukisan komik dari kartunis GEMPAKSTARZ.COM, Ayoh. Dalam sesi tersebut pelajar telah diajar teknik-teknik melukis dengan betul. Pelajar juga diberi peluang menunjukkan bakat masing-masing dengan melukis karaktor diri mereka sambil dibantu oleh kartunis.

GEMPAKSTARZ.COM turut mengedarkan komik-komik percuma kepada pelajar yang hadir pada hari tersebut. Sesi demonstrasi lukisan tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab antara pelajar dengan kartunis.

Dengan adanya program sebegini, ianya diharap dapat mencungkil bakat melukis di kalangan peljar dan juga menjadi platform kepada pelajar untuk mengasah bakat serta mengintai peluang kerjaya sebagai pelukis selain dapat memberi info mengenai dunia dan kerjaya sebagai pelukis komik.
 
 
 
       

 
 

copyright2008@softwaredevelopmentteam