|
|
|
 |
|
|
|
| |
SEHARI D' PANTAI MORIB PANTAI MORIB - BANTING SELANGOR
MORIB, 27 DISEMBER 2008 |
|
|
|
|
|
(slideshow) |
|
|
|
Seramai
27 orang pelajar Kolej PTPL diiringi seorang pegawai dari Unit Pembangunan
Pelajar (UPP) telah menyertai program SEHARI D' PANTAI MORIB pada Sabtu lepas.
Program ini melibatkan aktiviti pembersihan sekitar pantai Morib di mana objektif
program ini adalah melakukan aktiviti kesukarelawan di mana ianya diharap dapat
memupuk kesedaran orang ramai terhadap kebersihan pantai selain memperkenalkan
pantai Morib
yang semakin dilupakan masa kini khususnya kepada pelajar PTPL.
Program bermula pada pukul
9:30 pagi di mana pelajar dibahagi kepada empat kumpulan iaitu kaca, aluminium,
kertas dan plastik. Setiap kumpulan telah diberikan tugasan untuk mengutip
sampah mengikut nama kumpulan masing-masing. Kumpulan kaca dan aluminium telah
memulakan aktiviti pembersihan dengan mengutip sampah ke arah kanan pantai
manakala kumpulan kertas dan plastik bergerak ke arah kiri pantai. Dalam masa 45
minit setiap kumpulan telah balik ke kawasan permulaan dan kemudian bergerak
semula ke arah yang bertentangan selama 45 minit lagi. Jumlah keseluruhan sampah
yang telah dikutip oleh pelajar adalah sebanyak 15 plastik sampah.
Tamat
aktiviti pembersihan, pelajar telah diberi makan tengahari dan kemudian aktiviti
disambung lagi dengan pertandingan istana pasir dan bermain layang-layang.
Keseluruhan program telah tamat pada pukul 2 petang dan pelajar telah sampai ke
kolej pada pukul 3 petang. Melalui borang kaji selidik yang diedarkan, para
pelajar bersetuju dan berpuas hati dengan program tersebut dan berharap agar
program seperti ini dapat dijalankan pada masa hadapan. |
| |
|
| |
PTPL RED RIBBON CAMPAIGN - Kompleks PKNS,Shah Alam, 13 Disember 2008 |
| |
|
|
|
|
(slideshow) |
|
|
|
Bersempena dengan sambutan hari Aids sedunia, Unit Pembangunan Pelajar (UPP),Kolej PTPL Shah Alam telah
menganjurkan satu kempen kesedaran Aids yang diberi nama PTPL Red Ribbon Campaign. Kempen tersebut
telah diadakan pada 13 Disember 2008, bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam.
Program seumpama ini diangkat sebagai aktiviti tahunan yang lazim dianjurkan oleh pihak UPP Kolej PTPL
Shah Alam, ia juga merupakan kesinambungan kepada program diadakan pada tahun sebelumnya yang
telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records iaitu acara mencipta rekod untuk syiling 1 sen
berbentuk reben Aids terbesar.
Objektif utama kempen ini diadakan adalah untuk bersama-sama memberi pendedahan kepada masyarakat luar
kampus tentang bahaya virus HIV/Aids dan cara-cara mencegahnya. Pada kempen kali ini para pengunjung
Kompleks PKNS Shah Alam telah diberi risalah tentang HIV/Aids, beserta reben berwarna merah oleh para
pelajar dari pelbagai kursus bidang pengajian seperti Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Rekabentuk
Grafik, dan Diploma Seni Kulinari. Reben berwarna merah tersebut diedar kepada para pengunjung sebagai tanda
sokongan mereka terhadap usaha mencegah dan memberi maklumat bahaya penyakit HIV/Aids kepada umum.
Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjadi penyampai informasi kerana pada masa kini peningkatan
peratusan gejala aktiviti tidak sihat dan masalah sosial semakin meruncing, secara tidak langsung ia
akan mengalakkan kepada pertambahan pesakit-pesakit HIV/Aids di Malaysia jika ia tidak dibendung. Sebagai
institusi yang prihatin pihak Kolej PTPL Shah Alam akan meneruskan penganjuran program seperti ini,
yang mampu memberi manfaat berguna selain melahirkan graduan berintelek dan prihatin terhadap isu-isu
semasa. |
| |
|
| |
AMAL KASIH PTPL 2008 Kompleks Warga
Emas - Seksyen 24 Shah Alam , 5
November 2008
|
| |
|
|
|
|
(slideshow) |
|
|
|
Unit
Pembangunan Pelajar, Kolej PTPL Shah
Alam sekali lagi telah menganjurkan
program kemasyarakatan prihatin dan
penyayang iaitu program "Amal Kasih
PTPL 2008". Seramai 30 orang pelajar
dari pelbagai kursus seperti Diploma
Teknologi Makmal Perubatan, Diploma
Seni Rekabentuk Grafik,
Diploma Pengurusan dan seorang
pegawai pengiring dari Unit
Pembangunan Pelajar telah menyertai
program tersebut yang bertempat di
Kompleks Warga Emas Seksyen 24, Shah
Alam.
Aktiviti yang bermula seawal 7.45
pagi didahului dengan senamrobik dan
senaman Taichi bersama-sama 30 orang
warga emas yang sedia menanti
kehadiran kumpulan peserta, tidak
tamat di situ program dimeriahkan
lagi dengan aktiviti yang dianggap
popular di kalangan warga emas iaitu
tarian poco-poco. Selesai sesi
senamrobik, para pelajar beramah
mesra bersama warga emas dengan
berkongsi pengalaman dan
aktiviti-aktiviti yang lazimnya
mereka sertai sebagai ahli di
Kompleks Warga Emas. Selepas
bersarapan bersama warga emas, sesi
penyampaian cenderahati berupa kain
pelikat untuk warga emas lelaki dan
kain batik untuk warga emas wanita
telah di sampaikan oleh para peserta.
Sepertimana program-program yang
berbentuk kemasyarakatan tidak
lengkap rasa jika tidak melakukan
aktiviti bergotong-royong, kami
bergotong royong bersama-sama
membersihkan kawasan kebun dan
membaik pulih saluran aliran air
kebun milik Kompleks Warga Emas
Seksyen 24. Diharapkan dengan
usaha murni seperti ini ia mampu
mencapai objektif pihak Institusi
dalam melahirkan intelek muda yang
penyayang dan prihatin terhadap
golongan yang memerlukan. |
| |
|
| |
Kempen Red Alert - Dataran Blok C Kolej PTPL Shah Alam,
4 November 2008 |
| |
|
|
|
|
|
|
(slideshow) |
|
|
|
Kemalangan maut di
jalan raya merupakan satu kejadian
buruk yang tidak diingini oleh
setiap insan, ia boleh dikaitkan
dengan pepatah melayu lama iaitu
malang tidak berbau. Kemalangan
boleh berlaku tidak mengira masa,
tempat, dan sebagainya. Justeru itu
bersempena dengan sambutan perayaan
Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba,
Unit Pembangunan Pelajar (UPP) Kolej
PTPL Shah Alam terpanggil untuk
menganjurkan satu kempen yang
memberi maklumat tentang apa yang
boleh kita perlu ambil sebagai
langkah berhati-hati ketika berada
di jalan raya.
Kempen Red Alert
dengan kerjasama Polis Trafik
Kontigen Shah Alam Seksyen 11,
merupakan satu lagi usaha berterusan
oleh pihak Unit Pembangunan Pelajar
(UPP) untuk memberi kesedaran kepada
warga kampus tentang kepentingan
menjaga keselamatan sebagai pengguna
jalan raya. Antara aktiviti yang
telah dijalankan adalah pameran
kemalangan-kemalangan yang membawa
maut, edaran risalah-risalah, dan
penerangan oleh pegawai polis trafik
yang ditugaskan dipameran tersebut.
Diharapkan dengan
adanya kempen-kempen seperti ini ia
mampu dapat mencapai objektif
penubuhan pasukan Polis Trafik dalam
usaha mengawal kadar kemalangan
jalan raya kepada masyarakat umum. |
| |
|
|
| |
MASISWA Karnival Sukan Harapan - 1 Zon Sabah , 25-27 April 2008 |
|
| |
|
|
|
|
(slideshow) |
|
|
|
Karnival Sukan Harapan-1 Zon Sabah telah diadakan pada 25 April 2008 hingga 27 April 2008. Tuan rumah pada kali ini ialah Kolej Yayasan Sabah yang telah dirasmikan oleh Dato’ Prof Dr Hassan Said Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi.
PTPL SABAH telah menghantar seramai 11 orang pegawai untuk mengiringi 44 orang pelajar yang telah mewakili sukan bola tampar, bola jaring, badminton dan futsal. Atlit-atlit telah bermain dengan semangat juang yang tinggi dan memberi tentangan hebat kepada pihak lawan. |
| |
|
|
| |
Sambutan Hari Ibu - PTPL Sentral , 9 Mei 2008 |
|
| |
|
|
|
|
(slideshow) |
|
|
Seramai 100 orang pelajar telah berpeluang untuk mencoretkan ucapan terima
kasih kepada ibu mereka melalui kad
ucapan khas Hari Ibu yang diberikan
secara percuma kepada para pelajar tersebut.
Kad yang direka khas oleh Siti Nadiah Bte Sahar dari kursus Diploma Teknologi Maklumat itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.
Melalui program sebegini, ianya diharap dapat menggambarkan keprihatinan Kolej mengenai hubungan kekeluargaan didalam diri pelajar sekaligus ianya menyemai etika murni dalam diri para pelajar. |
| |
|
|
| |
Fear Factor Edisi PTPL
Kolej - Sabah , 10 Mei 2008
|
|
| |
|
|
|
|
(slideshow) |
| |
|
Program tersebut diadakan bersama-sama mentor dan mentee berserta kakitangan kolej yang telah diadakan di Pantai Tanjung Aru 2. Penasihat Kolej PTPL, Sabah Tuan Haji Adnan Ibrahim telah merasmikan program tersebut.
Program yang bermula kira-kira pukul 10 pagi dan berakhir 2 ptg ini disertai sebanyak 25 kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menjahit dalam baju dan seluar, mencari harta bumi, kelapa oh kelapa, peningnya kepalaku, mari menyelam, membuat jus segar, anak yang hilang, makan, makan, makan dan makan. |
| |
|
|
| |
Ekspedisi Berkayak - Kelab Tasik Putrajaya, 10 Mei 2008
|
|
| |
|
|
|
|
(slideshow) |
|
|
|
Di dalam program ini, seramai 34 orang peserta dari pelbagai kumpulan kursus pengajian seperti Diploma Seni Kulinari, Diploma Makmal Perubatan, Diploma Pengurusan dan Diploma Rekabentuk Grafik telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti luaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Aktiviti yang dijalankan adalah berkayak di sekitar tasik dan Pulau Utama Putrajaya, yang dijayakan oleh para siswa dan siswi kolej PTPL sendiri.
Encik Halim tenaga pengajar di Kelab Tasik Putrajaya memberi penerangan lengkap kepada peserta sebelum berkayak bagaimana mengendalikan sesebuah kayak dengan cara yang betul dan selamat.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini ia dapat mencapai objektif pengurusan Kolej dalam melahirkan kumpulan graduan yang cergas dan cerdas. |
| |
|
|
|
|
| |
|
|
|
| (slideshow) |
| |
|
Mini konsert ini diadakan adalah untuk meraikan dan sebagai tanda penghargaan kepada wanita-wanita samada dari kumpulan pensyarah, kakitangan mahupun para pelajar di Kolej PTPL Shah Alam.
Bertempat di dewan teater, Kolej PTPL Shah Alam para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan Chimouyouquy yang telah membuat persembahan pergerakkan api, diikuti demonstrasi tudung muslimah yang disampaikan oleh Puan Anizon, program tersebut di meriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan kemuncak program adalah persembahan oleh artis jemputan iaitu Aizat dari AF5. |
| |
|
|
| |
Program Gempakstarz @ PTPL Shah Alam , 15 Mei 2008 |
|
| |
|
| |
|
|
| (slideshow) |
| |
|
Seramai 183 pelajar telah terlibat dengan program tersebut yang terdiri dari pelajar rekabentuk grafik dan pelajar orientasi. Program dimulakan dengan demonstrasi lukisan komik dari kartunis GEMPAKSTARZ.COM, Ayoh. Dalam sesi tersebut pelajar telah diajar teknik-teknik melukis dengan betul. Pelajar juga diberi peluang menunjukkan bakat masing-masing dengan melukis karaktor diri mereka sambil dibantu oleh kartunis.
GEMPAKSTARZ.COM turut mengedarkan komik-komik percuma kepada pelajar yang hadir pada hari tersebut. Sesi demonstrasi lukisan tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab antara pelajar dengan kartunis.
Dengan adanya program sebegini, ianya diharap dapat mencungkil bakat melukis di kalangan peljar dan juga menjadi platform kepada pelajar untuk mengasah bakat serta mengintai peluang kerjaya sebagai pelukis selain dapat memberi info mengenai dunia dan kerjaya sebagai pelukis komik. |
| |
|
|
|
| |
| |
| |
|
|
 |
 |
Copyright@2010 Advanced Management and Technology
Centre (PTPL) KP(JPS)5195/IPTS/886/C/Jld.I (52),
No. 17-G, Blok A, Jalan Equestrian
13/52, Off Jalan Persiaran Sukan, Seksyen
13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia. |
Tel : 03-5513
6688 Fax : 03-5513 5888 Email : enquiry@ptpl.edu.my |
|
|
|