|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
SHAH ALAM
SEJARAH RINGKAS
Dibina untuk menampung sepuluh ribu pelajar, PTPL Shah Alam merupakan kampus utama bagi Kumpulan Kolej PTPL. Terletak di Seksyen 13 di Shah Alam, kampus ini merupakan kesinambungan kepada sistem pembelajaran berkualiti yang terdapat di sepuluh cawangan PTPL diseluruh Malaysia. Sebagai Kolej induk, PTPL Shah Alam menawarkan pelbagai kursus yang mampu memenuhi tuntutan industri. Program pengajian yang ditawarkan merangkumi bidang Sains Kesihatan, Hospitaliti, Seni Kulinari, Pengajian Pra-Universiti, Perakaunan, Sains Maklumat, Kejuruteraan, Pengurusan dan Perniagaan adalah antara yang ditawarkan. Kampus induk ini dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Selain daripada perpustakaan konventional, terdapat juga perpustakaan digital yang mampu menampung 400 orang pelajar. Penginapan luar kampus di sediakan untuk pelajar yang berminat. Hubungi jabatan "Student and Career Development" (SCD) untuk pertanyaan lanjut berkaitan pilihan penginapan yang disediakan. Pelbagai jenis pengangkutan awam juga boleh didapati di kawasan kampus. Kawasan meletak kereta/motosikal disediakan di dalam atau di luar kawasan kampus untuk pelajar yang berkenderaan. Sila hubungi 03-5513 6688 untuk maklumat lanjut tentang kursus-kursus yang ditawarkan dan tarikh pengambilan.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||