Insitusi Collegiate kepada MSU
Kumpulan Kolej PTPL merupakan institusi collegiate kepada MSU ( Management & Science University). Pelajar yang menamatkan pengajian diploma di PTPL berpeluang mendapat pengecualian subjek sehingga setahun jika melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor (ijazah sarjana muda) di MSU.
Kelayakan yang diiktiraf MQA
PTPL merupakan kolej swasta pertama di Malaysia yang diiktiraf dan menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya LAN) untuk kursus-kursus yang ditawarkan.
Pensyarah berpengalaman dan kemudahan pembelajaran terkini
Nisbah pelajar / pensyarah yang rendah, melicinkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran. Kelayakan pensyarah kursus merangkumi dari peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD. Peralatan moden digunakan untuk memastikan proses pembelajaran yang berkesan.
Penjimatan masa dan wang
Pemengang diploma PTPL memerlukan empat atau lima semester (dua hingga dua setengah tahun) untuk menamatkan pengajian di tahap ijazah sarjana muda. Struktur yuran yang fleksibel dan skim pembayaran ansuran yang menarik meringankan beban pelajar dan keluarga.
Kemudahan terkini
* Perpustakaan (konventional dan digital) yang lengkap dengan kemudahan Internet dan multimedia.
* Pusat aktiviti pelajar
* Makmal komputer/siber terkini yang merangkumi makmal multimedia, interaktif dan digital
* Penginapan pelajar (cawangan-cawangan tertentu sahaja)
* Pengangkutan dari asrama ke PTPL dan sebaliknya (cawangan-cawangan tertentu sahaja)
* Perkhidmatan kaunseling
* Kemudahan sukan - bola keranjang, bola tampar, gelanggang badminton dan padang bola sepak
* Bilik-bilik kuliah berhawa dingin dan Dewan Teater
* Kedai buku
* Perbankan, kedai serbaneka, kafeteria,
* Kafe di kampus