SEJARAH RINGKAS

           Ditubuhkan pada tahun 1996, Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) telah berkembang menjadi sebuah institusi pengajian yang menyediakan pembelajaran berkualiti di samping memenuhi tuntutan modal insan negara. Selain daripada menjadi kolej swasta pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), keunggulan  PTPL  institusi swasta sering dijadikan  'kayu-ukur' ke arah  usaha penjanaan pelajaran berkualiti.

Kejayaan PTPL di dalam menyediaan pendidikan berkualiti semenjak penubuhannya telah menyaksikan pelawaan dari  Kementerian Pengajian Tinggi kepada pihak pengurusan PTPL untuk menubuhkan sebuah universiti pada tahun 2001.

Di antara bidang fokus utama yang di tawarkan melalui program pengajian di PTPL  ialah Sains Kesihatan, Sains Maklumat, Kejuruteraan, Perniagaan, Pengurusan, Hospitaliti, Seni Kulinari, Pendidikan.  dan Pengajian Profesional.