Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Kolej PTPL telah menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi melengkapkan bakal pendidik dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing kanak-kanak pada awal usia.

Program ini menyediakan pendidikan berkualiti berkaitan aspek perkembangan awal kanak-kanak seterusnya melahirkan bakal pendidik yang mampu berinteraksi secara efektif dengan kanak–kanak dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pengurusan yang lebih interaktif dan menarik.

Penekanan khusus diberikan berkenaan teori pengajaran dan pembelajaran, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan dan psikologi kanak-kanak, penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, aspek keselamatan dan pemakanan kanak-kanak dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.

Lulusan diploma ini yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor, berpeluang melakukan pindahan kredit ke tahun dua pengajian di Management & Science University (MSU) menerusi School of Education & Social Sciences (SESS). Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi adalah sebagai pendidik, tutor atau pengurus pusat penjagaan kanak-kanak.